-->
~Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNYA~


Ahad, 13 Februari 2011

"Aku mencintaimu Ya Rasulullah.."

 
Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu anbiya'


Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang


Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman


Ya Rasulullah ya habiballah
 Ya Rasulullah ya Habiballah


Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan


Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan


Ya Rasulullah ya habiballah 
 Ya Rasulullah ya Habiballah


RASULULLAH-Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran


Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran


Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu


Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Semua ada dalam Al-Quran..

 
"Semua ilmu ada dalam al-quran,"kata seorang ulama.

Maksud tuan ilmu dunia juga?" balas seorang pemuda.

"Ya,ilmu dunia dan akhirat ."

"Saya tidak percaya. Masakan begitu. Bagi saya mustahil kitab al-quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu. Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada? Wah,tentulah berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangat luas. Saya tetap tidak bersetuju," tegas si pemuda.

Ulama hanya tersenyum.
Tidak puas hati,keesokan harinya,pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.

"Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-quran?"

"Ya," jawab ulama itu dengan pasti.

"Kalau begitu,berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?"

Ulama tersebut diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk pada pandangannya.

"Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya..." tambah pemuda itu.

Beberapa ketika kemudian,ulama itu berkata, "Ya saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya,mari ikut saya."
Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat.

"Kita nak ke mana?'

"Ikut sahajalah." kata ulama itu.

Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya,
"Tuan,boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilogram buah kelapa sawit?"

Penyelia itu spontan memberi jawapannya. Sejurus kemudian,ulama berkata kepada si pemuda, "Itulah jawapannya."

"Eh,saya mahukan jawapan daripada al-quran,bukan penyelia ini!" bantah pemuda itu agak marah.

"Itulah jawapan al-quran," jawab ulama itu dengan tenang.

"Apa maksud tuan?"

"Inilah al-quran. Dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud,

'Bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.'

"Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu. Inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh al-quran. Dan inilah jawapan al-quran kepada soalan kamu itu.'' kata ulama tersebut.

Pengajaran: Al-quran bukan kitab sejarah,sains atau ilmu-ilmu yang lain. Namun begitu, dalam al-quran ada asas dan teras umum bagi ilmu-ilmu itu yang menjadi dasar,prinsip dan panduan untuk mengembangkannya. Jika seseorang mempelajari al-quran secara menyeluruh,dia akan mempunyai general knowledge semua ilmu yang penting di dunia.

Wallahu'alam..


free glitter text and family website at FamilyLobby.com 

Say No To Valentine..



Sejarah Sambutan Hari Valentine



1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjarakan serta diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3) Pendapat ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Sudah jelas bahawa sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam. Yang pi sambut buat apa...??


Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.


Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda dalam satu hadith yang panjang, dan di akhir hadith tersebut Nabi s.a.w. menyebut:


     "من تشبه بقوم فهو منهم"



Maksudnya: “SESIAPA YANG MELAKUKAN PERBUATAN YANG MENYERUPAI SESUATU KAUM ITU, MAKA DIA TURUT TERMASUK BERSAMA GOLONGAN TERSEBUT” (ABU DAUD & AHMAD)
 
Lagipun Sambutan Hari Valentine ni sebenarnya merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.What for..??



Rata-rata ketika sambutan Hari Valentine ini,,banyak maksiat & penzinaan yang berlaku sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya maksiat & penzinaan. 

Firman-Nya: 


Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac.

Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”


Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. 

Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. 

Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)

Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelas, para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Wallahu'alam..

 free glitter text and family website at FamilyLobby.com