-->
~Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNYA~


Jumaat, 22 April 2011

Kehidupan Ibnu Sina

___________________________________________________


IBNU SINA berkata,

Ketika aku mempelajari ilmu mantik (ilmu yang berasaskan akal fikiran) dan falsafah, aku tidak dapat tidur lena walau semalam dan tidak juga melakukan perkara selainnya pada siang hari. Aku menyediakan sebuah fail khusus dan bagi setiap bukti yang telah aku teliti, aku masukkan ke dalamnya. Aku memikirkan syarat-syarat premis sehinggalah masalah itu dapat aku tahkikkan.

Masalah itu (mantik dan falsafah) sering membingungkan aku, dan apabila aku tidak dapat menyelesaikannya, aku pergi ke masjid dan bersembahyang, berdoa dengan rendah hati kepada Allah, sehingga Dia membuka yang terkunci tadi untukku dan menjadikan yang sukar menjadi senang.

Di waktu malam, aku kembali ke rumah, menyalakan lampu, menumpukan diri untuk membaca dan menulis. Apabila aku rasa mengantuk atau letih, aku akan minum syarab (jus) agar tenagaku kembali. Kemudian aku teruskan membaca. Dan apabila aku tertidur, aku dapat melihat semua masalah dalam mimpiku, dan banyak persoalan menjadi jelas (terjawab) dalam tidurku. Aku teruskan begini sehinggalah semua ilmu dapat aku dalami dan fahami. Semua yang aku tahu ketika itu adalah sama seperti yang aku tahu sekarang, tiada aku menambahnya hingga hari ini.

Aku menguasai ilmu mantik, sains tabii dan matematik dan sekarang ilmu metafizik. Aku membaca buku Metafizik karya Aristotle, tetapi tidak memahaminya walaupun aku membacanya sebanyak empat puluh kali, sehingga aku menghafal seluruh isi kandungannya. Namun, aku masih tetap tidak memahaminya, hingga berasa putus asa dan berkata,

"Ini adalah buku yang tidak mungkin dapat difahami".

Tetapi pada suatu hari di waktu asar ketika aku berada di kawasan penjual buku, seorang penjual berteriak-teriak untuk menjual sebuah buku yang ada ditangannya. Dia menawarkan kepadaku, tetapi aku menolaknya kerana berasakan buku itu tidak berfaedah. Kemudian penjual itu berkata kepadaku, "Belilah, tuan punya buku ini sangat memerlukan wang dan kerana itu harganya murah. Aku akan menjualnya kepadamu dengan harga tiga dirham". Lantas aku pun membelinya. Nah! ia adalah buku Abu Nasr al-Farabi tentang metafizik karya Aristotle. Aku kembali ke rumah dan segera membacanya dan dalam sekejap waktu aku memahaminya kerana aku telah pun menghafal buku Metafizik. Aku berasa sangat gembira dan keesokan harinya aku banyak bersedekah kepada fakir miskin sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.
___________________________________________________


Oleh itu, sama-samalah kita mencontohi cara Ibnu Sina menuntut ilmuJika sesuatu ilmu itu sukar untuk difahami, segeralah berwuduk dan mengerjakan solat dan memohon dengan rendah hati kepada Allah agar dimudahkan segala kesukaran. 


اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزئن رحمتك يا ارحم الرحمين. رب اشرح لنا صدورنا ويسرلنا أمورنا واحلل عقدة من لساننا يفقهوا قولنا

Ya Allah, bukakanlah hikmahMu dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu itu kepada kami wahai Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami serta lepaskanlah kekakuan lidah kami agar mereka mengerti perkataan kami. 


free glitter text and family website at FamilyLobby.com 

Isnin, 4 April 2011

Subhanallah..!! cuba try sahabat2ku..◕‿◕

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat sekalian..Di ruangan ini ana nak kongsi sedikit kepada antum semua tentang keajaiban kalimah Allah..Subhanallah...!! Maha Suci Allah Pencipta Langit dan Bumi dan segala isinya...!! 


Keajaiban Kalimah Allah S.W.T


ILUSI PENGLIHATAN: Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di bawah selama 10 saat. Kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan antum.


Tunggu 10 saat. Antum lihatlah keajaibannya. Subhanallah..!!!! Rasa kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini..!! Bersyukur Allah kurniakan mata..dapat jugak tengok kebesaranNya..! ◕‿◕ Alhamdulillah..wa syukurillah..!! 


Tepat.....Sungguh indah sekali..tak percaya?? Cubalah try....!!




 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Ahad, 3 April 2011

~Usah Risau Jika Belum Berpunya~

~oleh Ukhti Fatimah Syarha Mohd Noordin~


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku seorang saja." Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka. 






"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"                                 
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya." 


Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat. Jangan begitu.
Pilu hati ini melihat mereka yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. 
Monkey Winks
Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta yang sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Tak kenal dosa pahala.


Memang ana akui, sebagai remaja memang ada rasa ingin menyayangi dan disayangi kerana 
ana juga seorang remaja. Tetapi ingat sahabat-sahabat sekalian, cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. 
Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Ku hembus nasihat ini kepadamu wahai sahabat-sahabatku sekalian tanda sayangku tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.


Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, "first thing first" (Ijazah> Kerjaya> Berbakti kepada Ibu Bapa> Berumah tangga). Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.


Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!




Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar dating, belanja makan? Begitukah? Tidak sama sekali.



Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.


Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu cuma dedaunan yang kering. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunah.


Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Luh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.


Wallahu'alam..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com