-->
~Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNYA~


Khamis, 31 Disember 2009

Tahun Baru (2010) + article 'PUJIAN'...

Salam 'alaiyk....hmm,,pejam celik pejam celik dh tahun baru kan..sklh pown dh nk buka...hmmm,,nk berjihad mnuntut ilmu ni....hahah..tp sblum tu alhamdulillah segala puji bagi Allah, sebaik-baik pencipta.... kerana dpt msuk klas pertama untk sesi persekolahan 2010...hmm,,sblum ni mase tingkatan 1(2009) klas ke-tiga...
                                                                  alhamdulillah....

mmg cite2 pown nk msuk klas tu,,tp tulah... rmai persaingan...hmm,,tp xpe,,,persaingan lh yg m'buatkn kite lbih berusaha dan bersungguh-sungguh.... 
bg yg msih bersekolah,,SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...!!

hmm,,ckp psl persekolahan ni,,tringat pule sekolah rndah...bnyk kngan kat situ....huh,,sdih ade gmbire pown ade...tp gmbire2 juge,,ade satu prkare yg mnyedihkn....ana dikhabarkn bhawe
ustaz salehan (ustaz yg mngajr kat sklh ana) telah mninggal dunia...

     innalillahi wainna ilaihi raji'un...(sesungguhnya kita ini milik ALLAH,dan kepada-Nya lah kita   kembali)...

kite ni yang masih hidup,,lakukanlah ape yang disuruh-Nya sebelum ajal kite menghampiri..ingat,,demi masa..Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran....(surah Al-'Asr)

apepun,,smoge roh ustaz salehan dicucuri rahmat bahagia di sana..amin..!!!!


hmm,sbnrnye hari ni ana nk tlis ARTICLE tntg "PUJIAN/MEMUJI ORANG..." 
same2lh ambil iktibarnye ye....~

Pujian smmgnye amat diperlukan antara satu sama lain...dgn pujianlh kite dpt memberikn smangat kpd seseorg itu..tetapi awas,,dgn pujian jugelh kite dpt m'buatkn seseorg itu merasakn dirinya d'sanjung dan mulalah sifat riak dlm dirinya....x salah nk mmuji org ttapi lbih baik kite diam drpd m'buatkn org tu bersifat riak trhdp diri sndiri..ana ade satu cerite pendek & ringkas yg ingin d'kongsikn...cerite mngenai saidina umar...bace ye..!!
  

Pada satu hari,,semasa saidina umar berada di satu tempat padang pasir,,saidina umar didatangi oleh  sahabatnya....(dh lupelh nmenye).. heheh.. sahabat saidina umar ini sgt kagum dgn kehebatan saidina umar dan die memuji muji saidina umar pd mse itu....setelah itu,,tibe2 saidina umar mengambil pasir di situ lalu mencampakkn kpd sahabatnya td dgn perasaan marah....lantas,,sahabatnya terkejut melihat perangai saidina umar lalu dia bertanya kpd saidina umar mengapa die campakkn pasir itu terhdpnye...lalu saidina umar mnjwb,,"aku hmpir2 msuk ke neraka akibat pujian kau itu wahai sahabatku.."

Nak diterangkn disini ialah sehebat mana pemikiran dan idea dan apa saja kebaikan dari manusia....adalah secara mutlak dari Allah s.w.t... tiada langsung milik kita atau milik sesiapa..semuanya adalah pinjaman dan amanah dari Allah s.w.t. bab ini penting sebagai penyampai kebenaran... jaga niat dan hati... takut2 syaitan cucuk dengan perasaan riak..takabbur..ujub..bangga diri.. 
walhal..segalanya adalah MILIK ALLAH S.W.T...selayaknya, PUJILAH ALLAH S.W.T......jgn dipuji manusia sangat..... 

Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, baling pasir kepada mereka yang memuji....takut2 syaitan cucuk TAKSUB kepada orang yg memuji......dan syaitan cucuk RIAK TAKKABBUR kepada orang yg kena puji.... syaitan kan kerja 24jam..
Rasulullah s.a.w pun melarang kita dari terlalu taksub kepada Baginda...supaya jangan jadi mcm kaum nasrani yang taksub kepada Isa Alaihissalam... taksub kepada makhluk bahaya...saidina umar pun di tegur oleh saidina abu bakar dalam hal ini ketika rasulullah s.a.w wafat.... 
jadi,,same2 fikirkn ye..

Wallahu A'lam...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Isnin, 16 November 2009

Wanita Dan Aurat..~

                      ~ Bismillahirrahmanirrahim... ~

Apabila menyebut tentang wanita, kita tidak boleh lari daripada menyebut tentang aurat. Dan bagi ana, bila menyebut tentang wanita, kita tidak boleh lari daripada menyebut tentang fitnah. Ya, kerana wanita itu sendiri adalah fitnah untuk dirinya dan orang lain. Kenapa ana berkata begitu sedangkan ana juga seorang wanita? Kerana setiap kata, perbuatan malah tubuh wanita itu juga mampu mengundang fitnah seandainya tidak dijaga dengan baik.  

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudharat kepada lelaki selain wanita...."

 
"Berwasiatlah kamu terhadap para wanita dengan wasiat yang baik. Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Oleh kerana itu jika kamu meluruskannya dengan paksa maka ia akan patah,tetapi jika kamu biarkan maka ia akan tetap bengkok, maka berwasiatlah kamu terhadap para wanita dengan wasiat yang baik"

 

 Tetapi.............

                                 ~seindah hiasan adalah wanita solehah..~

Adakah suara perempuan itu aurat dalam menyampaikan dakwah..??

Dakwah merupakan suatu usaha untuk mengembangkan ajaran Islam dan menyampaikan kefahaman tentang ajaran Islam kepada masyarakat melaui pelbagai medium antaranya suara. Tidak dinafikan bahawa suara amat penting untuk menyampaikan dakwah yakni melalui ceramah-ceramah, forum-forum dan sebagainya. Dan salah satunya lagi adalah dakwah melalui nasyid.
Dalam kalangan anak-anak muda masa kini, muzik merupakan sesuatu yang menjadi hiburan dalam hidup mereka. Dan pendekatan dengan menggunakan muzik juga seringkali dipraktikkan dalam usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat yang dikenali sebagai nasyid. Ia sama sekali tidak salah. Dalam Islam juga membenarkan kita berhibur asalkan tidak berlebihan dan tidak melalaikan. Bait-bait lirik yang menimbulkan keinsafan itu sangat baik untuk didengar sebagai penyegar jiwa. Dan medium dakwah melalui nasyid ini sama sekali tidak menjadi masalah bagi kaum lelaki. Tetapi, bagaimana pula dengan wanita??
Suara wanita pada asalnya bukanlah aurat. Secara logik, kalau suara wanita itu adalah aurat semuanya maka wanita tidak boleh bercakap melainkan terhadap suaminya dan ahli keluarganya. Ingat, Islam itu tidak menyusahkan.

Surah Al-Ahzab: 32
…maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.

Suara wanita yang dikatakan aurat itu adalah suara yang dibuat-buat manja, mendayu-dayu, mengada-ngada, menggoda-goda dan yang seangkatan dengannya. Suara seperti itulah yang dikatakan aurat.

Maka, apa kaitannya dengan dakwah melalui nasyid ini?

Bagi ana,ana memang suka sangat dgr lagu nasyid ni. Dan ana pernah dengar sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh sekumpulan wanita. Nasyid yang berkonsepkan ketuhanan. Tapi bukan kumpulan di bawah ni ye..yg ni sekadar contoh je..
Subhanallah, merdunya suara. Lembut dan menusuk ke hati. Teringin nak tengok tuan empunya suara. Mesti cantik. Haa..itu ana..baru seorang wanita yang mendengar suara seorang wanita lain bernasyid. Bagaimana pula dengan lelaki yang turut mendengar nasyid tersebut? Pasti lebih hebat lagi pujian yang diberikan. Tidakkah di sini keadaannya mengundang fitnah pada diri wanita itu dan menjadikn hukum suaranya itu sebagai aurat?
  

 Memang benar tujuan nasyid itu adalah untuk dakwah. Tujuannya adalah untuk menyedarkan kita tentang kekuasaan ALLAH. Itu memang sangat baik.

Tetapi, adakah kita yakin setiap lelaki yang mendengar dan melihat nasyid yang dipersembahkan itu akan mengambil iktibar dari bait-bait lagu itu atau sekadar menikmati kemerduan suara wanita itu lantas bermain-main dengan nafsunya yang tergoda dengan keindahan suara tersebut?
fikir2 lh sendiri...

Islam melarang kaum wanita bercakap dengan suara lemah lembut dan manja kepada lelaki ajnabi sebab daripada suara wanita itulah boleh berlakunya fitnah..
Allah telah memerintahkan melalui firman-Nya supaya jangan berbicara dengan suara yang dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan kepada lelaki lain, kerana ia boleh menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki yang bermaksud tidak baik kepadanya.
Seperti firman Allah SWT yg telah disebutkan dlm surah Al Ahzab 32 td,,jelaslah bahawa dalam Al Quran dengan tegas menjelaskan tentang kedudukan suara wanita ini.

Wallahu 'alam.. 

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Boleh ke remaja nak bercinta/ber'couple'??

~Bismillahirrahmanirrahim..~

Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita.



Maksudnya:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (Surat An Nur ayat 30)

Bukan ke couple tu boleh mendekati zina..?? dan haram hukumnya mendekati zina..

Allah berfirman yg bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)

Tapi ade sesetengah orang kata couple yg islamik2 tu xpe..dibenarkan..sbb diorang jage batas..Iye ke..??

Kononnya nak couple utk taqarrub (mendekatkan diri) kpd ALLAH..kejutkan bangun solat tahajjud lh,,& mcm2 lg lh..kdg2 tu rase kelakar plak..

Sbnrnye xde pown istilah islamik couple ni..saje je nk cover alasan supaya dpt ber'couple'..

Mcm ni lah..Andaikan ade seorang ustaz membela seekor anjing..Anjing tersebut disamak,diwudhukkan,dimandikan & mcm2 lagilah supaya bersih..
Satu hari ustaz tu sembelih anjing tersebut untuk dimakan..Pastu dimasak sedap2.Kalau andalah yang dihidangkan dengan anjing tersebut,,agak2 nya nk makan x anjing tu..??

Sudah pasti jawapannya tak nak kn..kenapa..??

Anjing tu dah bersih ape..dh disamak,dimandikan..+ disembelih sekali..sbb ape x nak..??

hmm,,msti andaian kamu smua kate,,"hishh,,x nklah..geli..anjing tu kn haram...lagipun mane ade orang ISLAM mkn anijng.." btul x..??

Sbnrnye,,hakikat seekor anjing ni adelah tetap anjing..Dah haram tetap haram.
Walau mcm mne pown nk bersihkan yang kotor tu,,tetap orang nampak kotor..Mcm tulah perumpamaannya..

Same jugak walau mcm mne pun anda hiasi perhubungan anda,,mempercantikkan jalinan anda,,tetap haram..walaupun anda kate couple yg islamik2 ni taqarrub ilallah (mendekatkan diri kpd ALLAH)..'kononnya'..tp sbnrnye x pown.. bnyk buat dosa adelh..

Cube kite analogikan anjing tadi sbgai 'couple',,dan samak + sembelih td sbgai 'ingatan2 kita'..sama kan..??

Jadi kesimpulannya,,couple yg islamik2 ni tetap same je dgn couple yg x islamik..haram hukumnya..Sbb couple tu mendekati zina dan Allah melarang kita mendekati zina, bukan berzina..



Jgn terlalu nk mempertikaikan perkara yg haram tu,,sbb bnyk lg perkara halal yg boleh kita buat..

'Jaga IMAN,jaga HATI...'
'ILMU itu cahaya,dan cahaya ALLAH tidak akan diberikn kpd orang yg membuat maksiat..'

Ikuti dialog ini....:~


Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S.A.W.: Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

 
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group. 


Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. ***a tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi
malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

 
Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam

Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

 
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
 
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz:Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A’araf:ayat 19).
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

 
Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah an-Nur: Ayat 3).Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

 
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang ‘second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
 
Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35)

 
Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.

 
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.. Amin…

Sumber: http://kembarahidup.wordpress.com/2008/07/19/kami-tidak-berzina/ 

                      CINTA KEPADA ALLAH adalah yang selayaknya..



Jadi sebagai permulaannya, elakkanlah diri kita dari perbuatan yang menghampiri zina.. InsyaAllah..



Wallahu 'alam.. 

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Ahad, 15 November 2009

ape prkare yg ber'manfaat' drpd ber'couple'...??

1) seronok (dpt fitnah) glamer tau..(glamer dgn benda2 x baik)

2)seronok (dpt dosa)bincang masalah masing-masing macam orang dah kahwin la pulak.uhuk2
 

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada).. luah jgn x luah

5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..masuk tenet duk berjam2

6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..) yups kalau solat pun cam lipas kudung sbb takut awek majuk..ihik2

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8)kdg2 muram sbb bergaduh ngan awek..padan muka lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)sanggup
utamakan awek..serius gila bila kita terserempak dia duk dating. Kita macam nak telan jer.Renggang dgn kawan2 kerana couple

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... ) fuyyo

10)lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..
hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

11) byk sek./ipt/pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak. serta kurang bendungan dr mak ayah yg ingat anak dia baik sgt

12) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. 

pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. hahah..yelah tu..
13) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. patutla ada karan rupanya antara dua jenis ni. 

Hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada sesetngh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . 

betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

14) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan perkara yg tidak elok.. ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 ,,pukul2..,merengek mcm budak kecik..kdg2 tu menyampah tgoknye..

tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, Alghaayah la tubarrirul wasiilah..

sebagaimana hadis Rasulullah yg bermaksud: Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih) 

Allahu 'alam..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com