-->
~Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNYA~


Isnin, 16 November 2009

Wanita Dan Aurat..~

                      ~ Bismillahirrahmanirrahim... ~

Apabila menyebut tentang wanita, kita tidak boleh lari daripada menyebut tentang aurat. Dan bagi ana, bila menyebut tentang wanita, kita tidak boleh lari daripada menyebut tentang fitnah. Ya, kerana wanita itu sendiri adalah fitnah untuk dirinya dan orang lain. Kenapa ana berkata begitu sedangkan ana juga seorang wanita? Kerana setiap kata, perbuatan malah tubuh wanita itu juga mampu mengundang fitnah seandainya tidak dijaga dengan baik.  

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudharat kepada lelaki selain wanita...."

 
"Berwasiatlah kamu terhadap para wanita dengan wasiat yang baik. Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Oleh kerana itu jika kamu meluruskannya dengan paksa maka ia akan patah,tetapi jika kamu biarkan maka ia akan tetap bengkok, maka berwasiatlah kamu terhadap para wanita dengan wasiat yang baik"

 

 Tetapi.............

                                 ~seindah hiasan adalah wanita solehah..~

Adakah suara perempuan itu aurat dalam menyampaikan dakwah..??

Dakwah merupakan suatu usaha untuk mengembangkan ajaran Islam dan menyampaikan kefahaman tentang ajaran Islam kepada masyarakat melaui pelbagai medium antaranya suara. Tidak dinafikan bahawa suara amat penting untuk menyampaikan dakwah yakni melalui ceramah-ceramah, forum-forum dan sebagainya. Dan salah satunya lagi adalah dakwah melalui nasyid.
Dalam kalangan anak-anak muda masa kini, muzik merupakan sesuatu yang menjadi hiburan dalam hidup mereka. Dan pendekatan dengan menggunakan muzik juga seringkali dipraktikkan dalam usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat yang dikenali sebagai nasyid. Ia sama sekali tidak salah. Dalam Islam juga membenarkan kita berhibur asalkan tidak berlebihan dan tidak melalaikan. Bait-bait lirik yang menimbulkan keinsafan itu sangat baik untuk didengar sebagai penyegar jiwa. Dan medium dakwah melalui nasyid ini sama sekali tidak menjadi masalah bagi kaum lelaki. Tetapi, bagaimana pula dengan wanita??
Suara wanita pada asalnya bukanlah aurat. Secara logik, kalau suara wanita itu adalah aurat semuanya maka wanita tidak boleh bercakap melainkan terhadap suaminya dan ahli keluarganya. Ingat, Islam itu tidak menyusahkan.

Surah Al-Ahzab: 32
…maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.

Suara wanita yang dikatakan aurat itu adalah suara yang dibuat-buat manja, mendayu-dayu, mengada-ngada, menggoda-goda dan yang seangkatan dengannya. Suara seperti itulah yang dikatakan aurat.

Maka, apa kaitannya dengan dakwah melalui nasyid ini?

Bagi ana,ana memang suka sangat dgr lagu nasyid ni. Dan ana pernah dengar sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh sekumpulan wanita. Nasyid yang berkonsepkan ketuhanan. Tapi bukan kumpulan di bawah ni ye..yg ni sekadar contoh je..
Subhanallah, merdunya suara. Lembut dan menusuk ke hati. Teringin nak tengok tuan empunya suara. Mesti cantik. Haa..itu ana..baru seorang wanita yang mendengar suara seorang wanita lain bernasyid. Bagaimana pula dengan lelaki yang turut mendengar nasyid tersebut? Pasti lebih hebat lagi pujian yang diberikan. Tidakkah di sini keadaannya mengundang fitnah pada diri wanita itu dan menjadikn hukum suaranya itu sebagai aurat?
  

 Memang benar tujuan nasyid itu adalah untuk dakwah. Tujuannya adalah untuk menyedarkan kita tentang kekuasaan ALLAH. Itu memang sangat baik.

Tetapi, adakah kita yakin setiap lelaki yang mendengar dan melihat nasyid yang dipersembahkan itu akan mengambil iktibar dari bait-bait lagu itu atau sekadar menikmati kemerduan suara wanita itu lantas bermain-main dengan nafsunya yang tergoda dengan keindahan suara tersebut?
fikir2 lh sendiri...

Islam melarang kaum wanita bercakap dengan suara lemah lembut dan manja kepada lelaki ajnabi sebab daripada suara wanita itulah boleh berlakunya fitnah..
Allah telah memerintahkan melalui firman-Nya supaya jangan berbicara dengan suara yang dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan kepada lelaki lain, kerana ia boleh menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki yang bermaksud tidak baik kepadanya.
Seperti firman Allah SWT yg telah disebutkan dlm surah Al Ahzab 32 td,,jelaslah bahawa dalam Al Quran dengan tegas menjelaskan tentang kedudukan suara wanita ini.

Wallahu 'alam.. 

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan