~Bismillahirrahmanirrahim~
APA ITU IKHTILAT??
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan sistem hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW kerana pergaulan bebas merupakan faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan zina.(Nauzubillahi minzalik)
IKHTILAT TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU:
[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie
IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE (ikhtilat yg tidak dibenarkan):
1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.
IKHTILAT SYAR'IE (ikhtilat yg dibenarkan):
1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud
1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud
Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya pergaulan bebas ini?? Dimanakah salahnya??? Mengapa salah??
Sememangnya hati kita sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan pergaulan bebas ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya tali hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??
" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka" (Surah An-Nur 30-31)
Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu" Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi
Apabila kita memandang seseorang,kita tidak boleh memandang bahagian tubuh yang boleh merangsang syahwat.Apatah lagi melihat auratnya,itu hukumnya haram.Jadi, bila memandang perlu awasi pandangan kita dengan sebaik-baiknya..
[ 2 ] SENTUH – المسح -
Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negatif. Ada kutub utara+kutub selatan. Bagi yang belum berkahwin,hukumnya memang sudah jelas haram .Tidak boleh berpegang-pegang.Khususnya jika bersentuh antara kulit dengan kulit.Kalau bersentuh tanpa sengaja tidak apa,itu memang dimaafkan .Tapi jika ada niat yg tidak baik,sekalipun kelihatan seperti tidak sengaja,ALLAH tetap mencatat perbuatan itu sebagai dosa .Amal itu bergantung kepada niat seseorang.Manusia boleh menipu dan mencari alasan,tetapi ALLAH tetap tahu niat sebenar seorang pelaku maksiat .
[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –
" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab 32)
Diharamkan bagi kedua-dua pihak (laki & perempuan) menggunakan suara yang boleh merangsang syahwat.
Biasanya,orang lelaki tidak ada masalah, sebab semua lelaki yang normal suara mereka garau dan tidak menggoda. Hukum suara ini biasanya dikhususkan kepada orang perempuan.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga perlu dibatasi dengan hukum syariat islam yang ketat .Remaja sekarang ni mudah terpengaruh untuk pergaulan bebas & mudah menerima ajakan untuk ber'couple'.
Tetapi sebenarnya,daripada pergaulan itulah merupakan salah satu faktor terjadinya kes zina dan hasil daripada zina itu lahirlah anak zina atau anak luar nikah. Bagi penzina yg x dpt terima anak itu, dibuang pula anak itu merata-rata lepas itu dibunuh. Ape kes..???
Astaghfirullah..
Dosanya dua kali ganda. Dahlah berzina pastu bunuh pula anak yang x berdosa tu.
Jadi salah siapa kalau dah berlaku perkara mcm tu..?? Salah perempuan?? Salah lelaki??
Sudah tentu kedua-dua pihak salah. Tetapi pihak yg memulakan dulu wajar dipersalahkan lebih. Tangan tidak akan bertepuk sebelah tangan je. Jika tiada yg memberi salam,pasti tiada yg menjawab salam. Jika tiada yg mengusik,pasti tiada yg terusik. Betul x??
Allah berfirman yg bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)
Al-Quran menyebut ‘jangan mendekati zina’ sebagai langkah-langkah kewaspadaan menjaga pergaulan berlainan jantina agar tidak terlanjur kepada perzinaan.
Kita yang masih di alam remaja ini,,memerlukan kesabaran dalam mendidik keimanan,,
kerana alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.”
Itulah lelaki yg baik. Kalau iman kuat, apa sahaja yang di luar tidak mempengaruhi dalaman.
Jadi,kesimpulannya,,JAUHI PERGAULAN BEBAS..!!
*Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai,kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai.
Bagi sesiapa yg x sabar2 sgt,,kahwinlah bagi yg mampu.Dalil-dalil pensyariatan:
Bagi sesiapa yg x sabar2 sgt,,kahwinlah bagi yg mampu.Dalil-dalil pensyariatan:
- Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
- Surah An-Nuur: ayat 32
- Surah An-Nahl: ayat 72
- Surah Yaasin: ayat 36
- Surah Ar-Rum: ayat 21
- Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
- Surah Luqman: ayat 10
- Surah Qaf: ayat 7
- Surah Asy-Syu’araa: ayat 7
Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang mampu untuk mengeluarkan mahar, maka berkahwinlah. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menutup pandangan serta menjaga kemaluan. Dan kepada yang tidak mampu, berpuasalah...Sesungguhnya (puasa itu) adalah perisai..
Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”
*p/s:Artikel ni ditujukn kpd org2 yg suka sangat bergaul bebas & yg asyik dok bercouple. Bagi kaum hawa yang masih lagi bergaul bebas dengan laki tu,kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam..kerana wanita solehah adalah sebaik2 hiasan di dunia ini.Jangan bila dah berlaku sesuatu perkara buruk baru nak menyesal.Bak kata pepatah,dah terngantuk baru nak terngadah.
Begitu juga kepada kaum adam. Kerana kamu semua adalah pemimpin bagi kaum hawa.
Jangan terikut dek kejahilan moden...kerana tidak akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.
"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"