FESYEN TUDUNG ZAMAN SEKARANG...~
~ Bismillahirrahmanirrahim... ~
Tudung yang bersanggul / berbonggol
Renungkanlah hadis dibawah ni:~
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad
Tetapi yg lebih mengejutkan lagi,,skrg ni bnyk kedai yg menjual tudung2,,menjual sekali sanggul rambut bagi si pemakai tudung.Ape kes..??
Dan ini adalah beberapa contoh sanggul rambut yang dijual.
(Astaghfirullahal 'azim)
Kenapa perlu diletakkan sanggul rambut tersebut dan kemudiannya pakai tudung? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Sekiranya sanggul tersebut dibuat adalah semata-mata untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka hukumnya adalah haram kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahramnya.Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Tapi malangnya, wanita Islam sekarang ini tidak tahu apa maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sampai menyengat hidung dan menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.
Sanggul tinggi diharuskan (dibolehkan) apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahramnya dan boleh membangkitkan syahwat lelaki lain, maka ia menjadi haram .
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka diletak tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).
sumber: Nik Noor Azman Ghazali (http://feryco.com/fesyen-tudung-bersanggul)
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati kristian laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini.Nauzubillah..
Ada kemungkinan ini adalah agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam kerana agenda kafir Laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar.Tetapi betul ke??? Allahu 'alam...
Tetapi sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita.
Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada.
Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudungnya.
Tetapi klau dah susah sangat,,tengok jelah panduan ni & amalkan...kerana di bawah ini adalah cara menutup aurat yg dituntut dalam ISLAM..
Panduan ini yang sepatutnya kaum muslimat amalkan...
Apepun,,masing2 ade fikiran sendiri.so,tepuk dada tanya iman..Wallahu 'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan