-->
~Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNYA~


Selasa, 31 Mei 2011

Takziah untuk diriku..'28 Mei 2011'

Assalamualaikum semua....syukran jazilan buat family & kawan2 yg sudi wish my birthday...Semoga Allah memberkati kalian semua. Jazakumullahu khairan.


Emm...28 Mei tiba jua,maka genaplah umur ana 15 tahun... Kebetulan pula pada 27-29 Mei 2011 baru-baru ni, ana pergi Kem Pemantapan Akidah & Smart Solat di Bukit Kerayong. Rasa bertuah pula kem nya jatuh pada hari lahir ana..hee~ (^_~) Pejam celik, pejam celik dan pejam celik lagi, baru tersedar begitu cepat waktu berlalu. Sudah 15 tahun melihat alam dunia..ANA SUDAH SEMAKIN TUA......!! Umur yang semakin menghampiri kematian. Sebab tu ana katakan TAKZIAH..!! Allah...




Setiap kelahiran pasti disusuli kematian...Itulah sebabnya setiap kali tibanya tarikh kelahiran, hati menjadi gundah dan tidak keruan kerana membayangkan umur yang semakin menghampiri penghujungnya. 


'Selamat Hari Jadi', 'Sanah Helwa', 'Happy birthday'. Inilah antara alarm yang sentiasa berdering tetapi tidak pernah dipedulikan...Terima kasih kepada kalian semua kerana mengingatkan ana pada kematian. 


Ana menjadi bimbang...bimbang kesuntukan waktu mengumpul "bekalan" untuk kehidupan di alam seterusnya. Waktu itu, tiada siapa yang mampu membantu. Hanya diriku... Diriku yang menentukan kesudahan nasib di "sana". Bertindaklah sebelum terlambat...!!! (Peringatan untuk diri)

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Ingatlah Penghancur Segala Kenikmatan!!

Nabi s.a.w menganjurkan agar banyak mengingati kematian. Beliau bersabda, yang ertinya: “Perbanyaklah mengingati penghancur kenikmatan (maut)” (HR: At-Tirmidzi, hasan menurutnya). 

Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Para ulama mengatakan, ucapan beliau, “Perbanyaklah mengingati penghancur kenikmatan”, merupakan ucapan ringkas tetapi padat, menghimpun makna peringatan dan amat mendalam pengertiannya. Orang yang benar-benar mengingati kematian pasti akan mengurangi kenikmatan yang dirasakannya ketika itu. Firman Allah s.w.t dalam surah Ali ‘Imran ayat 185, ertinya, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati”.

Siapa Orang Yang Paling Cerdik?

Ibnu Umar r.a pernah berkata, “Aku pernah menghadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Ansar berdiri seraya berkata, “Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?” Beliau menjawab, “(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan bersedia menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat.” (HR: At-Thabrani, disahihkan al-Mundziri).

Faedah Mengingat Kematian
·         Mendorong diri untuk bersiap menghadapi kematian sebelum kedatangannya.
·         Memendekkan angan-angan untuk tinggal lama di dunia yang fana ini, kerana panjangnya angan-angan adalah punca paling besar lahirnya kelalaian.
·         Menjauhkan diri dari cinta dunia dan rela dengan yang sedikit.
·         Berkeinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat taat.
·         Meringankan seorang hamba dalam menghadapi cobaan dunia.
·         Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap kenikmatan duniawi.
·         Mendorong untuk bertaubat dan menyesali kesalahan masa lalu.
·         Melembutkan hati, membuat mata menangis, sebagai motivasi untuk mempelajari agama dan mengusir keinginan hawa nafsu.
·         Mengajak bersikap rendah diri (tawadhu’), tidak sombong, dan tidak berlaku zalim.
·         Mendorong sikap toleransi, memaafkan teman dan menerima alasan orang lain.
Bila direnung-renungkan semula,apalah sgt yg telah ana capai pada umo 15 tahun nie.....Kalau Ibnu Sina dahulu 10 thn dah hafal Al-Quran & telah dilantik sbgai Doktor Di Raja ketika umurnya baru 18 thn..... Tapi ana ketika berumur 15 tahun masih terhegeh-hegeh menghafal buku2 SC, SJ & GEO dan masih merangkak-rangkak utk menghafaz Al-Quran....Sehingga umo ana 15 tahun ini,berapa banyaklah dosa kpd Allah yg tlh ana lakukan... Dosa tgn,dosa mulut,dosa mata dan dosa anggota2 lain termasuk hati,tentu byk sekali....Allahu Akbar.....!!

Maka pada genap umur ana yg ke 15 ini, tiadalah yg paling ana mahukn melainkan keampunan dosa2 yang lepas...Dengan usia yang Allah izinkn ini,semoga ana lebih keras mengejar apa yang diimpikan dan dapat membahagiakn orang di sekeliling ana.....MASA UTK BEREHAT BELUM TIBA,MASIH BANYAK LAGI YANG PERLU DITEMPUH......!!!


Wallahu'alam..
 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

2 ulasan:

  1. assalamualaikum ya ukhti...blog ni mnarikk...teruskn mnulis..moga ada manfaat pd yg membaca....folow sini....^_~

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..ya ukhti...blog ni mnarikk...teruskn mnulis,,moga ada manfaat pd yg membaca...folow sini...^_~

    BalasPadam