-->
~Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNYA~


Jumaat, 24 Disember 2010

Walau Sepasang Bulu Mata~tetap akan menjadi saksi untuk menghalang diri dari dimamah api neraka..

~Bismillahirrahmanirrahim..~


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. Saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, 

“mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah,kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. 

Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. 

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, 
” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? 
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”


Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan dosa, menangguhkan taubat sehingga sampai ke akhir hayat. Syaitan sedar, sebesar mana dosa yang dilakukan oleh anak Adam dan kemudian bertaubat, Allah tetap menerima taubat itu.

Bagi memastikan misi syaitan meletakkan manusia dalam neraka ialah dengan cara mengelakkan manusia daripada bertaubat. Kerja jahat syaitan untuk menempatkan manusia bersamanya di neraka menjadi sia-sia jika manusia bertaubat. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal).” (Hadis riwayat Tirmizi) 

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun dan berusahalah untuk bertaubat dengan taubat nasuha. Ia akn menjadi penghalang diri kita dari dimamah api neraka dan syurga akn menanti kita..InsyaALLAH..

Allahu 'alam.. 

  
*article asal oleh kak ainul : http://epilogseorangteman.blogspot.com/2010/11/by-honey-bunga-lilly-on-thursday.html
 free glitter text and family website at FamilyLobby.com








Sabtu, 18 Disember 2010

Words of Imam Al-Ghazali (Mutiara kata oleh Imam Al-Ghazali)~

~Bismillahirrahmanirrahim..~

One day,Imam Al-Ghazali gathered with his disciples and then he asked: "What is the closest in this world?" 

Each student said: "teachers, friends, relatives."

Imam Ghazali said: "All answers are correct. But the most close to us is dead.Because the promise of God, that every soul will surely die.." (Surah Ali Imran:185)

Death will come pick you up at any time without we know, wherever you hide, death will come without you know when it happened. But remember the words of Rasulullah SAW: "Do not fear death because it surely happens, do not ask the dead come to you or let you do that you get closer to death. "

Imam Ghazali asked again: "What is the most distant from us in this world?" 

Each student said: "moon,stars and sun." 

Imam Ghazali allows all the answers and said: "The most accurate is the past." 

Any of our people cannot return to the past. That is why we need to keep careful today, tomorrow and the days that would come with a claimed act of Islam. "

Imam Ghazali asked again: "What is the biggest in the world?" Other reasonable answers received from his students and he allows it, but he said: "The most accurate answer is passion." (Surah Al-A`raf: 179). 

Anger, adultery, theft, fights, wars and murders, all starting with "passion" which is not restrained. Therefore, be careful with your passions. Don't let our desires lead us to hell.

Then,Imam Ghazali asked: "What is most severe in the world?" 

His students answered it and Imam Ghazali said yes, but he said: "The most weight in the world is holding trust." (Surah Al-Ahzab: 72). 

Plants, mountains, and all the angels cannot afford when God asks them to become leaders in the world caliphate. But people with arrogant rush to take the requests of God,so many people go to hell for failing to hold in trust.

Imam Ghazali said: "What is the best lightweight in the world?" He receives the answer and said: "All your answers were right, but the lightest one in the world is abandoning prayer." 

Because of our jobs or the business world, we leave our prayer. 

Imam Ghazali said, "What is the sharpest one in this world?" 

His students answer simultaneously: "Sword". 

Imam Ghazali allow the answer, but he said: "The most sharply is that the human tongue, as the tongue, people can easily offended and hurt the feelings of others."


free glitter text and family website at FamilyLobby.com




Isnin, 6 Disember 2010

7 golongan mayat di alam kubur..~

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata,

"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. 

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

Allahua'lam..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com






 

Sabtu, 4 Disember 2010

Memikul Nafsu..~


Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.

"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.
Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."

"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.

"Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."

"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."

Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, 

"Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?"
"Jangan bertanya, patuh saja!" 

Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan. Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata,, 

"Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."
Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."

"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"


PENGAJARAN: Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

free glitter text and family website at FamilyLobby.com 



 

PERINGATAN untuk kaum hawa..~

~Bismillahirrahmanirrahim~
  
"Berhati-hati sebelum membeli Tuala Wanita.."

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....

 HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihannya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu... 
 
Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taulah dari negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Dia ni seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...

Disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..(hmm,,x patut sebenarnya)

Tp,,almaklumlah kehidupannya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...So, anak2 dgn bini dia pon pakailah TUALA WANITA tu.....


Lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami pening2,muntah,loya tekak..
mcm orang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya..
dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG.....maka hairanlah si anak..

 
Dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...
ya ALLAH...

MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN.....ALLAHU 'ALAM..

Doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....


Kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu...Pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhuatiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu... 

Moral of the story.......*NAK BELI TUALA WANITA TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE TUALA WANITA YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG..SILAP2 NANTI ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS PULAK LEPAS NI...(Nauzubillahi minzalik)

Ini dua gambar ANAK2 TIKUS tu selepas pembedahan dilakukan..

Tikus2 yg keluar lepas operation tu..

*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI INI TAK TERJADI KEPADA KITA..InsyaALLAH.. 
  free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Rabu, 1 Disember 2010

Jauhi Sifat Mazmummah..~

Bismillahirrahmanirrahim..

1) Hasad Dengki.
  
Sifat dengki merupakan perosak kepada segala ketaatan kita. Pencetus segala kejahatan dan penyakit yang payah untuk dirawat. Menghilangkan keikhlasan dan ketenangan. Menimbulkan permusuhan dan kekacauan. Justeru itu Rasulullah SAW bersabda..:
 
"الحسد ياءكل الحسنات كما تاءكل النار الحطب"

Maksudnya: Dengki itu memakan pahala kebaikan seumpama api memakan kayu yang kering.

Ia bukan sahaja dihadapi oleh orang biasa, bahkan juga kepada orang alim yang berilmu. Ini telah disebutkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW:

ستة يدخلون النار بستة: العرب بالعصبية والاءمراء بالعجور والدهاقين بالكبر والتجار بالخيانة"
"واهل الرساتيق بالجهل والعلماء بالحسد

Maksudnya: Enam golongan manusia yang akan masuk ke neraka kerana enam sebab: Orang Arab dengan sebab taksub kesukuannya, raja-raja dengan sebab kezalimannya, ketua-ketua dengan sebab kesombongannya, peniaga-peniaga dengan sebab khianatnya, penduduk desa dengan sebab kejahilannya, dan orang yg berilmu dengan sebab hasad dengkinya.

Sikap hasad akan menyebabkan permusuhan dan hanya mendapat dosa . Inilah yang menyebabkan ALLAH menyuruh kita memohon perlindungan kpdNya drpd kejahatan pendengki. Bermakna betapa perlunya kita menjauhi sifat ini sama sebagaimana ALLAH memerintahkan kita berlindung daripada syaitan. 

ALLAH berfirman:





Maksudnya:"Dan (aku berlindung dengan ALLAH) daripada kejahatan pendengki apabila ia melakukan dengkinya."

Ibn Al-Samak, seorang alim yang masyhur pernah mengatakan bahawa:

"Aku tidak pernah melihat seorang yang zalim yang sama keadaannya dengan orang yg kena zalim, selain seorang pendengki."  

Sabda Rasulullah SAW: "Jika kamu ada perasaan dengki,maka segeralah beristighfar dan jika kamu berburuk sangka pada seseorang,maka janganlah kamu selidiki atau mengintip-intip.."

Orang yang melakukan dengki ini akan buta hati sehingga tidak dapat memahami hukum ALLAH. Inilah yang dikatakan oleh Sufian Al-Thauri bahawa:

"Lazimkanlah dirimu lama berdiam diri (tidak berckp sia-sia) nescaya kamu akn memiliki sifat wara'.Jgn kamu menjadi seorang yg haloba terhadap dunia, maka kamu akan menjadi seorang yg memelihara hukum ALLAH. Jangan kamu menjadi pencela, maka kamu akn terselamat drpd celaan lidah manusia. Janganlah kamu menjadi pendengki, maka kamu akn menjadi cepat faham.  

Lebih daripada itu, pendengki akn terhalang dirinya drpd kebaikan dan tidak akn mndpt pertolongan taufiq drpd ALLAH. Ini kerana nikmat yg berada di tangan org lain mahu dihilangkn, bagaimanakah ALLAH ingin memberikan kpdnya nikmat. 

Hatim bin Al-'A'sam pernah berkata:

"Pendendam bukan org yg mempunyai agama, pencela bukan org yg beribadat, pengacum bukan org yg boleh dipercayai, dan pendengki bukan org yg mendapat pertolongan ALLAH."

Maka bagi mengelak diri kita drpd bersifat dengki, Abu Yaakub mengajarka kita doa:

اللهم صبرنا على تمام النعم على عبادك وحسن احوالهم -

Maksudnya: "Ya Allah, kurniakanlah kpd kami kesabaran utk menahan perasaan dengki terhadap kesempurnaan nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kpd hamba-hambaMu, elokkan hal ehwal mereka." 

Wahab Ibn Al-Munabbih menjelaskan kpd kita tentang tanda-tanda sifat dengki. Antaranya ialah dia akn menunjukkan kasih syg apabila berada di hadapan, dia akn mengumpat apabila kita tidak ada di hadapannya, dan dia akan bergembira apabila bala menimpa orang yg didengkinya. Inilah tiga sifat orang yg dengki yg perlu difikirkan ke atas diri kita sekiranya kita tidak memahami sama ada diri kita termasuk dlm golongan pendengki ataupun tidak.


Wallahu 'alam..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com