-->
~Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNYA~


Jumaat, 24 Disember 2010

Walau Sepasang Bulu Mata~tetap akan menjadi saksi untuk menghalang diri dari dimamah api neraka..

~Bismillahirrahmanirrahim..~


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. Saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, 

“mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah,kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. 

Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. 

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, 
” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? 
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”


Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan dosa, menangguhkan taubat sehingga sampai ke akhir hayat. Syaitan sedar, sebesar mana dosa yang dilakukan oleh anak Adam dan kemudian bertaubat, Allah tetap menerima taubat itu.

Bagi memastikan misi syaitan meletakkan manusia dalam neraka ialah dengan cara mengelakkan manusia daripada bertaubat. Kerja jahat syaitan untuk menempatkan manusia bersamanya di neraka menjadi sia-sia jika manusia bertaubat. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal).” (Hadis riwayat Tirmizi) 

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun dan berusahalah untuk bertaubat dengan taubat nasuha. Ia akn menjadi penghalang diri kita dari dimamah api neraka dan syurga akn menanti kita..InsyaALLAH..

Allahu 'alam.. 

  
*article asal oleh kak ainul : http://epilogseorangteman.blogspot.com/2010/11/by-honey-bunga-lilly-on-thursday.html
 free glitter text and family website at FamilyLobby.com








Tiada ulasan:

Catat Ulasan