-->
~Ukhuwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih.. Ada awal, tetapi tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNYA~


Rabu, 1 Disember 2010

Jauhi Sifat Mazmummah..~

Bismillahirrahmanirrahim..

1) Hasad Dengki.
  
Sifat dengki merupakan perosak kepada segala ketaatan kita. Pencetus segala kejahatan dan penyakit yang payah untuk dirawat. Menghilangkan keikhlasan dan ketenangan. Menimbulkan permusuhan dan kekacauan. Justeru itu Rasulullah SAW bersabda..:
 
"الحسد ياءكل الحسنات كما تاءكل النار الحطب"

Maksudnya: Dengki itu memakan pahala kebaikan seumpama api memakan kayu yang kering.

Ia bukan sahaja dihadapi oleh orang biasa, bahkan juga kepada orang alim yang berilmu. Ini telah disebutkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW:

ستة يدخلون النار بستة: العرب بالعصبية والاءمراء بالعجور والدهاقين بالكبر والتجار بالخيانة"
"واهل الرساتيق بالجهل والعلماء بالحسد

Maksudnya: Enam golongan manusia yang akan masuk ke neraka kerana enam sebab: Orang Arab dengan sebab taksub kesukuannya, raja-raja dengan sebab kezalimannya, ketua-ketua dengan sebab kesombongannya, peniaga-peniaga dengan sebab khianatnya, penduduk desa dengan sebab kejahilannya, dan orang yg berilmu dengan sebab hasad dengkinya.

Sikap hasad akan menyebabkan permusuhan dan hanya mendapat dosa . Inilah yang menyebabkan ALLAH menyuruh kita memohon perlindungan kpdNya drpd kejahatan pendengki. Bermakna betapa perlunya kita menjauhi sifat ini sama sebagaimana ALLAH memerintahkan kita berlindung daripada syaitan. 

ALLAH berfirman:





Maksudnya:"Dan (aku berlindung dengan ALLAH) daripada kejahatan pendengki apabila ia melakukan dengkinya."

Ibn Al-Samak, seorang alim yang masyhur pernah mengatakan bahawa:

"Aku tidak pernah melihat seorang yang zalim yang sama keadaannya dengan orang yg kena zalim, selain seorang pendengki."  

Sabda Rasulullah SAW: "Jika kamu ada perasaan dengki,maka segeralah beristighfar dan jika kamu berburuk sangka pada seseorang,maka janganlah kamu selidiki atau mengintip-intip.."

Orang yang melakukan dengki ini akan buta hati sehingga tidak dapat memahami hukum ALLAH. Inilah yang dikatakan oleh Sufian Al-Thauri bahawa:

"Lazimkanlah dirimu lama berdiam diri (tidak berckp sia-sia) nescaya kamu akn memiliki sifat wara'.Jgn kamu menjadi seorang yg haloba terhadap dunia, maka kamu akan menjadi seorang yg memelihara hukum ALLAH. Jangan kamu menjadi pencela, maka kamu akn terselamat drpd celaan lidah manusia. Janganlah kamu menjadi pendengki, maka kamu akn menjadi cepat faham.  

Lebih daripada itu, pendengki akn terhalang dirinya drpd kebaikan dan tidak akn mndpt pertolongan taufiq drpd ALLAH. Ini kerana nikmat yg berada di tangan org lain mahu dihilangkn, bagaimanakah ALLAH ingin memberikan kpdnya nikmat. 

Hatim bin Al-'A'sam pernah berkata:

"Pendendam bukan org yg mempunyai agama, pencela bukan org yg beribadat, pengacum bukan org yg boleh dipercayai, dan pendengki bukan org yg mendapat pertolongan ALLAH."

Maka bagi mengelak diri kita drpd bersifat dengki, Abu Yaakub mengajarka kita doa:

اللهم صبرنا على تمام النعم على عبادك وحسن احوالهم -

Maksudnya: "Ya Allah, kurniakanlah kpd kami kesabaran utk menahan perasaan dengki terhadap kesempurnaan nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kpd hamba-hambaMu, elokkan hal ehwal mereka." 

Wahab Ibn Al-Munabbih menjelaskan kpd kita tentang tanda-tanda sifat dengki. Antaranya ialah dia akn menunjukkan kasih syg apabila berada di hadapan, dia akn mengumpat apabila kita tidak ada di hadapannya, dan dia akan bergembira apabila bala menimpa orang yg didengkinya. Inilah tiga sifat orang yg dengki yg perlu difikirkan ke atas diri kita sekiranya kita tidak memahami sama ada diri kita termasuk dlm golongan pendengki ataupun tidak.


Wallahu 'alam..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan